Agihan, bonus ASB 7.75 sen seunit
Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
Agihan itu lebih rendah berbanding 7.50 sen seunit dan 1.00 sen seunit bagi bonus pada tempoh sama tahun lalu.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, meskipun jumlah agihan pendapatan dan bonus pada tahun ini menurun tetapi ia lebih baik dengan mengambil kira prestasi ekonomi dan pasaran saham semasa.
Jelas beliau, ASB adalah dana berharga tetap dan risikonya lebih rendah dan pemegang dana itu tidak mengalami kerugian.
"Agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit masih tinggi berbanding risikonya. Jika dibandingkan dengan akaun tetap kadar faedahnya hanya sekitar 3.3 peratus dan akaun simpanan 1.0 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman agihan pendapatan ASB di sini.
Tambahnya, berdasarkan prestasi ASB, PNB sebenarnya boleh memberi agihan pendapatan sebanyak 9.00 sen seunit tetapi baki daripada 7.25 sen seunit itu dirizab untuk memastikan kestabilan pulangan pada tahun depan, selain digunakan untuk membeli saham-saham baharu bagi memantapkan portfolio dana itu.
Terdahulu Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika membuat pengumuman berkata, pada tahun ini sejumlah RM10.41 bilion diperuntukan untuk membayar agihan pendapatan ASB.
Jumlah itu meningkat sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar pada tahun lalu.
Manakala peruntukan bonus pula RM451.73 juta dibayar oleh PNB.
ASB mempunyai 8.87 juta orang pelabur yang melanggan 142.54 bilion unit dana itu.
Pengiraan pengagihan pendapatan dibuat berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir 31 Disember 2015 dan bayaran bonus pula kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh 10 bulanan bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2006 hingga tahun 2015.
Para pemegang dana ini boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing mulai 4 Januari ini.
- MalaysiaGazette
Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman menunjukan nilai pengagihan pendapatan dan bonus Amanah Saham Bumiputera yang akan dibayar kepada pelabur pada tahun depan |

No comments
Post a Comment