Terkini

Tarikan Pelancong Paling Mengerikan Di Amerika Syarikat (AS)

Bangunan penjara berusia 129 tahun yang pernah digunakan untuk menempatkan penjenayah paling bahaya mungkin menjadi tarikan pelancong paling mengerikan di Amerika Syarikat (AS).

Paling menarik, Old Sparky kerusi elektrik yang dibina sendiri oleh banduan yang pernah meragut sembilan nyawa penghuni penjara itu.

Tarikan Pelancong Paling Mengerikan Di Amerika Syarikat (AS).

Dibina sekitar 1866 bangunan yang diinspirasikan dari rekaan gothick itu menjadi `rumah’ bagi ratusan penjenayah paling bahaya dalam sejarah negara Uncle Sam itu sebelum ditutup pada 1995.

Kini ia dibuka semula kepada orang ramai dan diklasifikasikan sebagai tarikan pelancong paling menakutkan.


Lebih menarik, pengunjung diberi peluang merasai sendiri suasana sebenar blok sel dan sel keselamatan maksimum.

Tarikan Pelancong Paling Mengerikan Di Amerika Syarikat (AS)

Malah, mereka boleh melihat bangunan pentadbiran dan pusat pelawat yang digunakan ketika ia beroperasi sepanjang 109 tahun itu.

Pemandu pelancong juga menganggap penjara itu antara penjara paling menakutkan di AS dengan pelbagai cerita seram mengenainya tersebar sejak 1930an.

Antara kisah seram yang sering dikaitkan dengan penjara yang dibina di atas tanah perkuburan orang asli itu adalah jelmaan banduan yang telah mati.











-metro

No comments