Terkini

Pasangan Suami Isteri Belayar 15 Tahun Jayakan Misi Kemanusiaan

Pasangan suami isteri, Shane Granger, 67, dan isterinya, Meggi Macoun, 50, menghabiskan masa kira-kira 15 tahun di atas kapal milik mereka yang diberi nama Vega untuk belayar ke seluruh dunia atas nama misi kemanusiaan.

Suami isteri belayar 15 tahun jayakan misi kemanusiaan - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/suami-isteri-belayar-15-tahun-jayakan-misi-kemanusiaan-1.170461#sthash.Rz0ZOCBS.dpuf
 Shane Granger, 67, dan isterinya, Meggi Macoun, 50, 


Lebih menarik, pelayaran mereka berdua menggunakan kapal buatan Norway yang berusia lebih 120 tahun dan dibeli di Pulau Kanari, Afrika Utara.

“Setiap tahun kami belayar sehingga 7,000 batu nautika untuk mengumpulkan serta menghantar antara 15 hingga 20 tan barangan yang disumbangkan oleh orang ramai kepada mereka yang memerlukan.

“Barangan yang dikumpul dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan Singapura yang terdiri daripada bahan pendidikan, pakaian serta makanan kemudiannya diserahkan kepada kanak-kanak di Timor Leste dan kepulauan terpencil di Timur Indonesia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mereka kini berada selama 10 hari di Marina Straits Quay di sini untuk mengumpulkan sumba­ngan orang ramai sebelum belayar ke Singapura pada 27 Disember ini.

Sepanjang berada di Pulau Pinang, mereka turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tulisan Shane berkaitan pelayaran mereka serta rempah ratus yang dibawa dari Aceh, Indonesia.

Jelas Granger, selain sumbangan orang ramai, mereka juga me­raih pendapatan melalui jualan buku itu serta jualan rempah seperti kulit kayu manis dan buah pala.

“Kami memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk meneroka kapal bersejarah berusia lebih 120 tahun ini serta me­nyumbangkan sesuatu untuk kanak-kanak yang memerlukan.

“Misi kemanusiaan yang kami lakukan ini adalah bagi memberi keceriaan kepada kanak-kanak di kawasan pedalaman dan me­rentasi batas agama dan bangsa,” ujarnya.

Sementara itu Pengurus Kanan Marina Straits Quay, Amy Lee berkata, Vega akan kembali ke Pulau Pinang pada Mac tahun hadapan dan pihaknya bercadang membuka peluang kepada lebih ramai pelajar sekolah melawat kapal bersejarah itu.

KAPAL layar Vega berlabuh di Marina Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang, semalam. 


sumber,utusanonline

No comments