Pesawat Emirates Lakukan Penerbangan Tanpa Henti Paling Lama Di dunia
WELLINGTON: Pesawat Emirates Airbus A380 selamat mendarat di New Zealand hari ini, melengkapkan apa yang dipercayai penerbangan komersil berjadual tanpa henti paling lama di dunia.
Perkhidmatan dari Dubai ke Auckland itu meliputi 14,200 kilometer, menurut laman web industir, airwaynews.com, memintas laluan Sydney ke Dallas sejauh 13,800 dilakukan pesawat Qantas yang dilancarkan pada 2014.
Ia berkata, laluan itu juga adalah tempoh paling panjang, dengan penumpang dijangka berada di udara selama 17 jam 15 minit dalam penerbangan dari Auckland ke Dubai.
Bagaimanapun, rekod dijangka tidak kekal lama kerana perkhidmatan syarikat penerbangan Emirates dari Dubai ke Panama City mengambil masa 17 jam 35 minit apabila dilancarkan lewat bulan ini.
Emirates menyifatkan ia sebagai antara jarak laluan udara paling lama di dunia. "Namun dengan bantuan teknologi dan perancangan baik, penumpang akan sampai ke destinasi dalam masa singkat," katanya. -AFP/BHarian
Pesawat Emirates Airbus A380 yang lakukan penerbangan tanpa henti paling lama di dunia |
Perkhidmatan dari Dubai ke Auckland itu meliputi 14,200 kilometer, menurut laman web industir, airwaynews.com, memintas laluan Sydney ke Dallas sejauh 13,800 dilakukan pesawat Qantas yang dilancarkan pada 2014.
Ia berkata, laluan itu juga adalah tempoh paling panjang, dengan penumpang dijangka berada di udara selama 17 jam 15 minit dalam penerbangan dari Auckland ke Dubai.
Bagaimanapun, rekod dijangka tidak kekal lama kerana perkhidmatan syarikat penerbangan Emirates dari Dubai ke Panama City mengambil masa 17 jam 35 minit apabila dilancarkan lewat bulan ini.
Emirates menyifatkan ia sebagai antara jarak laluan udara paling lama di dunia. "Namun dengan bantuan teknologi dan perancangan baik, penumpang akan sampai ke destinasi dalam masa singkat," katanya. -AFP/BHarian
No comments
Post a Comment