Terkini

Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan

ROMPIN – Seorang guru yang hamil tujuh bulan maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 144.1 Jalan Kuantan – Johor Bahru sekitar jam 3.40 petang, semalam.

Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan
Mangsa yang dikenali sebagai Siti Faramurikaayu Ibrahim, 34 meninggal di tempat kejadian.

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Faramurikaayu Ibrahim, 34, merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rompin dan telah mengajar di sana sejak 2010 serta berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, mangsa yang maut tersepit di kerusi pemandu dan dikeluarkan dengan bantuan bomba.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua pemandu mempunyai lesen memandu yang sah.

Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori cuba memotong kenderaan di hadapannya namun dalam masa sama kereta dinaiki mangsa berada di tempat kejadian menyebabkan lori tidak sempat menukar masuk ke laluan asal lalu bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

“Lori berkenaan melanggar bahagian depan sebelah kiri kereta mangsa menyebabkan ia berpusing dan terbabas ke bahu jalan manakala lori itu juga terbabas ke bahu jalan sebelah kanan lalu melanggar sebatang tiang elektrik di bahu jalan sebelum terbalik ke dalam parit,” katanya kepada Sinar Harian.

Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayat dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan


Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan


Guru Kemalangan, Maut Bersama Bayi 7 Bulan Dalam Kandungan

SinarOnline

No comments