Takda Akal Lelaki Ini, Tendang Budak Sampai Tergolek
SEBUAH video menunjukan seorang lelaki bertindak menendang seorang kanak-kanak lelaki di bahagian tulang belakang selepas kanak-kanak terbabit menyebabkan anak perempuannya terjatuh semasa bermain di taman permainan yang viral dilaman sosial.
Menurut portal Shanghaiist, kejadian tersebut berlaku pada jam 8:20 malam di sebuah pusat membeli-belah Dongying yang terletak di daerah Shandong, China pada 27 Februari yang lalu.
Budak lelaki tersebut dikatakan sedang bermain dengan anak perempuan lelaki berkenaan didalam taman permainan itu, tiba-tiba terjatuh dan menghempap budak perempuan itu secara tidak sengaja serta menyebabkan budak perempuan itu terjatuh.
Sejurus menyaksikan kejadian terbabit, bapa budak perempuan berkenaan yang duduk di bangku berhampiran terus segera menerpa ke arah budak lelaki itu dan menendangnya di bahagian tulang belakang dan kembali ke bangkunya seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kanak-kanak lelaki yang kesakitan dan ketakutan akibat ditendang terbaring di atas lantai taman permainan itu sambil menangis.
ThePaper melaporkan keluarga kanak-kanak lelaki terbabit bertikam lidah dengan lelaki berkenaan namun dinafikan oleh lelaki itu bahawa dia menendang kanak-kanak lelaki itu.
Namun sebaliknya yang menjadi viral di laman sosial WeChat.
Lelaki yang bertindak kejam itu kemudiannya ditahan oleh polis selepas berjaya dikesan oleh netizen yang marah dengan perbuatannya itu. –MYNEWSHUB.CC
Takda Akal Lelaki Ini, Tendang Budak Sampai Tergolek |

No comments
Post a Comment