Terkini

Papagomo Mengaku Menampar, Menumbuk dan Menendang Alat Sulit Mangsa

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Papagomo, didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tiga tuduhan mencederakan seorang buruh warga Pakistan.

Papagomo Mengaku Menampar, Menumbuk dan Menendang Alat Sulit Mangsa
PENULIS blog, Papagomo, Wan Muhammad Azmi Wan Deris.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azmi Wan Deris, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Papagomo didakwa mencederakan Khuram Shahzad dengan menampar dan menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit mangsa di hadapan Starpac, Wangsa Maju, di sini, jam 1.30 tengah hari, 29 Januari lalu.

Rakaman kejadian itu tersebar luas di media sosial. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun dan denda.

BHarian

No comments