Terkini

Penumpang Dipaksa Keluar Pesawat Sebab Lebih Had Berat

Seorang lelaki dengan berat badan 175 pound (79 kilogram) berkata beliau dipaksa keluar daripada pesawat kerana terlalu berat.

Penumpang Dipaksa Keluar Pesawat Sebab Lebih Had Berat
Dr. Dan Nykaza dan seorang lagi penumpang diarah keluar dari pesawat.

Doktor gigi dari Illinois, Dan Nykaza dan seorang lagi penumpang yang sedia untuk berlepas dengan pesawat American Airlines dari Lapangan Terbang O'Hare, Chicago ke Salt Lake City diminta keluar daripada pesawat bagi mengurangkan beratnya, lapot ABC7 Chicago.

Nykaza berkata, beliau yang mengenakan tali pinggang keselamatan telah berada dalam pesawat antara 20 hingga 30 minit apabila didekati anak kapal memaklumkan kepadanya supaya meninggalkan pesawat.

"Mengapa? Kerana pesawat terlalu berat dan tiada siapa menerima baucer yang mereka tawarkan. Oleh itu mereka memilih dua orang, saya merupakan salah seorang daripadanya.

Malah Nykaza berkata, walaupun penerbangan tersebut tidak penuh, beliau dan seorang lagi penumpang diberitahu mereka merupakan penumpang terakhir mendaftar masuk, menybabkan mereka perlu meninggalkan pesawat itu.

Ahli kesetiaaan berstatus platinum itu berkata, beliau berasa sangat marah lalu meninggalkan pesawat namun menolak baucer bernilai AS$200 yang ditawarkan kepadanya.

"Saya tidak dapat menikmati keseluruhan hujung minggu. Anak saudara dan anak perempuan saya berada di sana, ia menyedihkan," katanya. "Saya terkejut, saya tidak dapat tidur pada malam itu, saya berasa kebas pada hari pertama dan kedua," katanya.

Para pakar bekata, perkara seumpama itu telah banyak kali berlaku daripada apa yang kita sangkakan.

"Setiap penerbangan mempunyai berat pelepasan maksimum. Mereka tidak dapat berlepas jika pesawat terlalu berat," kata pakar penerbangan, Brian Sumers kepada ABC.

Kes tersebut berlaku ketika perdebatan mengenai penumbang obes dan syarikat penerbangan komersial telah berlarutan sejak sekian lama.

Pada minggu lalu, Airbus mencadangkan paten tempat duduk seperti bangku untuk penumpang yang terlebih berat telah mendapat tumpuan ramai.

Namun terdapat mereka yang berkata penerbangan perlu mengekalkan kadar berat yang selamat dan mengenakan tambang mengikut berat badan punumpang pada masa depan. Samoa Airlines telah melaksanakan polisi tersebut pada 2013 dan pada tahun lalu Uzbekistan Airways mula menimbang berat penumpang sebelum memasuki pesawat.

No comments