Terkini

Remaja Terima Padah Konon Dirogol Padahal Sudah Terlanjur

TAMPIN – Takut dimarahi ibu bapa kerana terlanjur dengan teman lelaki berusia 19 tahun, seorang remaja bawah umur sanggup membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun dan dirogol di rumahnya di Air Kuning Selatan, 11 Disember tahun lalu.

Remaja Terima Padah Konon Dirogol Padahal Sudah Terlanjur
Remaja Terima Padah Konon Dirogol Padahal Sudah Terlanjur 


Pelajar berusia 17 tahun itu bagaimanapun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, gara-gara tindakannya membuat laporan palsu tersebut.

Remaja berkenaan ketika dibacakan pertuduhan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit memberi maklumat palsu bahawa dia disamun dan dirogol di kediamannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ezwady Mat Lajis sebagai penjawat awam di Balai Polis Air Kuning Selatan, kira-kira jam 7 malam, 11 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan, P Pushpa memohon tarikh sebutan lain bagi kes berkenaan untuk mengemukakan laporan akhlak pelajar berkenaan.

Majistret, Mahyun Yusuf menetapkan 17 Mac ini bagi sebutan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, pelajar berkenaan sebelum ini membuat laporan menyatakan ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu, sementara adiknya berusia lima tahun menonton televisyen di bilik, dia didatangi dua lelaki berpakaian penuh hitam serta bertopeng yang masuk ke rumahnya dari pintu belakang.

Menurutnya, seorang daripada suspek meluru ke arahnya, manakala seorang lagi suspek masuk ke dalam bilik menggeledah barangan.

Suspek yang meluru ke arahnya telah mengacukan pisau lipat dan bertindak merogolnya.

Pelajar berkenaan juga mendakwa dapat melarikan diri ke arah dapur mengambil pisau semasa suspek memakai seluar.

Remaja itu juga mendakwa suspek berjaya menepis pisau berkenaan dan dia sempat melarikan diri masuk ke dalam bilik yang terdapat adiknya.

Pada masa sama, kedua-dua suspek tadi melarikan diri.

Pelajar berkenaan kemudian terus menghubungi jiran bagi meminta bantuan.

Hasil siasatan mendapati gadis berkenaan membuat laporan palsu selepas terlanjur dengan teman lelakinya kerana bimbang dimarahi ibu bapanya.

No comments