Terkini

Duit DiMakan Anai-anai? Ini Apa Yang Patut Anda Lakukan...

KITA faham kadang-kadang sesetengah warga emas sememangnya lebih selesa menyimpan wang simpanan mereka di rumah sahaja.

Duit DiMakan Anai-anai? Ini Apa Yang Patut Anda Lakukan...

Mereka berasakan menyimpan di rumah lebih mudah kerana tidak perlu bersusah payah ke bank sekiranya ingin membuat menggunakan wang.

Tapi, kalau dah jadi macam ni sampai dimakan anai-anai.. kesian pun ada.

Gambar wang yang rosak dimakan anai-anai ini dikatakan milik seorang warga emas yang tidak menyedari wang simpanannya sudah rosak kerana lama tak diperiksa.

Walau bagaimana pun kalau terjadi semacam ini, jangan pula dibuang wang tersebut sebaliknya bawa ianya ke bank dan mereka akan menilai wang ‘rosak’ anda sebelum diberikan dengan wang baharu.

Untuk pengetahuan, Bank Negara Malaysia (BNM) menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran eperti duit terbakar, koyak, berlubang, kotor, dimakan anai-anai, hilang ciri-ciri keselamatan dan sebagainya di mana ianya akan ditukar kepada duit baharu.

Duit DiMakan Anai-anai? Ini Apa Yang Patut Anda Lakukan...

Apa yang perlu dilakukan ialah bawa wang kertas atau duit syiling yang rosak ke mana-mana cawangan BNM terdekat dan isi borang yang boleh didapati di kaunter.

Kemudiannya, pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang anda berpandukan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sekiranya wang terkoyak tidak melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal, pemilik akan menerima wang baharu dalam jumlah yang sama.

Sebaliknya jika wang yang rosak kurang daripada 2/3 tetapi melebihi satu per dua (1/2) saiz asal, pemilik hanya akan menerima nilai separuh daripada jumlah wang.

Jadi jangan buang wang yang koyak sebab ia masih punya nilainya tau! – MYNEWSHUB.CC

No comments