Gadis Terbakar Gara-gara Jawab Phone Semasa Mengisi Minyak
GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.
Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca apabila kereta jenis Perodua Axia meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju R. Manogaran yang dihubungi Mynewshub mengesahkan kejadian ini.
“Ketika sedang mengisi minyak, telefon bimbit milik mangsa berdering. Letupan tercetus apabila mangsa membuka pintu kereta hadapan untuk menjawab panggilan dengan sebelah lagi tangannya masih mengepam minyak,” katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, kenderaan terbabit tidak terbakar selepas berlaku letusan kecil yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan menggunakan ambulans kira-kira jam 2.07 petang tadi. – MYNEWSHUB.CC

No comments
Post a Comment