Kecewa Rakaman Mandi Bogel Tersebar Gadis Bunuh Diri
LONDON — Seorang pelajar remaja di Florida, Amerika Syarikat membunuh diri selepas video bogelnya ketika mandi dirakam curi dan diedar di media sosial Snapchat.
Tovonna Holton, pelajar Sekolah Tinggi Wiregrass Ranch di Wesley Chapel, meragut nyawa sendiri hanya beberapa jam selepas video itu disebarkan, lapor Daily Mail di sini.
Gadis 15 tahun itu mengambil pistol dari beg tangan ibunya, sewaktu mengemas bilik, dan menembak dirinya di dalam bilik mandi, Ahad lalu, lapor portal itu yang memetik berita WFLA.
Ibunya Levon Holton-Teamer menemuinya terbaring di lantai bilik air berlumuran darah tidak lama selepas gadis itu mengemas bilik.
Ibu saudara mendiang, Angel Scott, mengetahui daripada Facebook bahawa tragedi itu berpunca daripada video bogel yang beredar dalam talian.
Pejabat polis Pasco County sedang menyiasat dakwaan kes buli siber tersebut selepas pejabat pendidikan daerah dimaklumkan tentang aduan itu.
Jurucakap polis Eddie Daniels memberitahu Tampa Bay Times bahawa pihak berkuasa sedar kewujudan video lucah tersebut dan “akan menyiasat dari segenap perkara.”
Keluarga Holton menuntut keadilan dan gambar remaja itu dikongsi di media sosial dengan tag #stopbullying atau #hentikanmembuli.
Status yang dimuat naik oleh seorang rakan Holton dikongsi lebih 5,000 kali.
Crystal Belle menulis: “Dia meragut nyawanya sendiri selepas dirakam mandi bogel oleh pelajar sebayanya, yang kemudian berkongsi dan memalukannya di Snapchat.
“Doa saya untuk keluarga wanita muda yang manis ini. Saya berharap semua sekolah dan ibu bapa perlu menyerang binatang yang suka membuli di media sosial”.
Imej dan video yang disebar melalui aplikasi Snapchat selalunya dipadam selepas ditonton atau hanya boleh ditonton oleh rakan pemilik akaun dalam tempoh 24 jam sahaja.
Namun pengguna boleh mengambil paparan skrin video tersebut dan menyimpannya dalam telefon, lapor portal Britain itu lagi.
Sumber - MalayMailOnline

No comments
Post a Comment