Terkini

Lebih 1000 Tiket KTMB Percuma Ditebus

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,070 tiket perkhidmatan kereta api yang ditawarkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Tropicana sempena Aidilfitri sudah ditebus seawal jam 10 pagi tadi.

Lebih 1000 Tiket KTMB Percuma Ditebus

Perkhidmatan berkenaan merangkumi laluan ke Padang Besar, Ipoh, Tumpat dan Johor dari Kuala Lumpur.

Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan, berkata kempen itu diadakan bagi membantu orang ramai pulang beraya bersama keluarga.

“Sambutan pada tahun ini amat menggalakkan kerana lebih 1,000 orang hadir untuk menebus tiket dengan hanya menunjukkan kad pengenalan masing-masing. Setiap orang mendapat dua tiket percuma bagi laluan yang dipilih.

“Kelainan pada tahun ini adalah penambahan laluan iaitu dari Kuala Lumpur ke Tumpat,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Orang ramai mula beratur seawal jam 5 pagi untuk menebus tiket terbabit di KL Sentral.

No comments