Terkini

Pemilik Baru Perasan Kuda Dalam Video Yang Viral Itu Miliknya

Kota Bharu: Pemilik kuda yang menjadi viral di Facebook sejak semalam, merayu supaya orang ramai memulangkan haiwan berkenaan jika terjumpa dengannya.

Pemilik Baru Perasan Kuda Dalam Video Yang Viral Itu Miliknya

Wan Hanif Wan Mohd Noor, 25, yang bekerja sebagai kakitangan awam di Kuala Lumpur berkata, kuda yang diberi nama Micheal yang dibeli oleh abangnya, Wan Mohd Eddie Sham, 39, setahun lalu dengan harga RM4,000 hilang sejak Khamis lalu.

Katanya, kehilangan kuda yang diletakkan di dalam kandang di rumah keluarganya di Gertak Kecupu, Binjai pada jam 4 pagi disedari oleh ayahnya, Wan Mohd Noor Wan Ahmad, 68.

"Sebaik hilang, saya ada minta tolong ahli keluarga dan rakan melalui aplikasi WhatsApp dan terkejut apabila melihat viral kuda kami berlari di atas jalan, semalam.


"Saya yakin itu kuda kami dan berharap orang yang menemuinya menghubungi saya di talian 0133918528 atau abang saya, Wan Mohd Eddie Sham di talian 0199078283," katanya.

Dua rakaman video berdurasi 28 saat dan 8 saat itu mendapat perhatian ramai apabila ditonton masing-masing lebih 650,000 dan lebih 320,000.

Wan Hanif berkata, kuda berkenaan berlari sejauh 10 kilometer dari rumahnya ke Kubang Kerian dan kini tidak tahu ke mana menghilang.

-HM

No comments