Mufti Perlis Selar Golongan Yang AntiVaksin Supaya Bercakap Berdasarkan Fakta
Individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata ibu bapa yang memilih untuk tidak membenarkan anak mereka divaksin tanpa langkah pencegahan lain yang terbukti lebih efektif juga berdosa kerana meletakkan anak mereka dalam keadaan bahaya.
Katanya, syariat Islam antaranya menuntut pemeliharaan kesihatan dan nyawa dan dalam konteks berkaitan penggunaan vaksin perlulah berpegang kepada konsep Islam.
“Islam melarang manusia memusnahkan diri secara sia-sia seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud ‘jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’.
“Ayat ini jelas menyuruh kita melindungi diri dari sebarang bahaya. Tindakan yang mengakibatkan kemudaratan tidak wajar dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas program Menghayati Ramadan, hari ini.
Mengulas mengenai wabak difteria, Mohd Asri menasihatkan golongan yang antivaksin supaya bercakap berdasarkan fakta dan ilmu bukan sekadar membuat andaian sendiri bahawa penggunaan vaksin memberi kesan sampingan.
“Jika mereka (antivaksin) ada alternatif lebih baik untuk mengatasi sesuatu penyakit tidak mengapa tetapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Tanpa vaksin lebih memudaratkan kecuali mereka boleh membuktikannya,” tambahnya.
Menurutnya hukum penggunaan vaksin yang mengandungi bahan tidak bersih atau dari sumber bersifat najis adalah diharuskan dan dibenarkan dalam Islam sekiranya tiada kaedah lain. – Bernama

No comments
Post a Comment