Erra Fazira Akhirmya Dedah Rahsia Hubungan Cinta Dengan Shahir
Sebelum ini hubungan cinta antara pelakon Erra Fazira dan Shahir menjadi tanda tanya peminat malah kenyataan mereka sebelum ini menafikan bahawa mereka sedang bercinta.
Akhirnya Erra buka mulut dedah bahawa dia dan Shahir sedang bercinta dan hubungan cinta mereka itu turut mendapat restu dari pihak keluarga Shahir.
“Sebenarnya, dia yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana ianya masih terlalu awal buat kami dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.
“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh dengan dia, saya juga mengharapkan perkahwinan kali ini adalah yang terakhir dan akan kekal selamanya,” katanya.
Bagaimanapun, Erra menafikan bahawa mereka akan berkahwin selepas Aidilfitri nanti bahkan Erra turut menafikan dirinya bersikap berdolak-dalik mengenai hubungan cintanya, serta desas-desus mengenai penetapan tarikh untuk hari perkahwinan mereka.
Apapun, semoga hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin. Apa yang penting sebagai peminat doakan yang baik-baik aje.

No comments
Post a Comment