Terkini

Video : Anjing Larikan Mayat Janin

INDORE – Kecuaian kakitangan sebuah hospital di India menyebabkan seekor anjing melarikan mayat janin yang baru dilahirkan seorang remaja dari Dhar.

Video : Anjing Larikan Mayat Janin

Ibu yang sarat mengandung itu dimasukkan ke unit kebakaran di Hospital Maharaja Yeshwantrao pada Khamis lalu kerana mengalami 83 peratus melecur selepas terbabit dalam kemalangan.

Ujian sonografi mendapati janin dalam kandungan itu sudah tidak bernyawa dan ia terpaksa dikeluarkan.

Bayi itu dilahirkan pada malam Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mayat janin itu tidak segera dihantar ke rumah mayat tetapi diletakkan di dalam sebuah bekas di unit pembedahan menyebabkan ia dihidu anjing itu, lalu melarikannya.


Pihak berkuasa hospital hanya mendiamkan diri berhubung kejadian itu, tetapi jururawat yang bertugas di unit kebakaran mengesahkan insiden itu.

Timbalan Penguasa Hospital, Dr JK Verma, berkata janin itu dihantar untuk bedah siasat untuk mengesahkan apa yang berlaku. “Amat sukar untuk menyatakan apa yang telah berlaku kerana tidak ada saksi mata kecuali ahli keluarga.

Kami menghantar mayat untuk bedah siasat dan juga telah memaklumkan kepada polis kerana ia adalah kes undang-undang perubatan,” katanya. – AGENSI/BH ONLINE

No comments