Terkini

Video Seram Anak Patung Boleh Berjalan Viral Di Media Sosial

SEBUAH video yang menyeramkan, menunjukkan ‘anak patung’ boleh berjalan ketika tangannya dipegang tuan menjadi viral di media sosial.

Video Seram Anak Patung Boleh Berjalan Viral Di Media Sosial

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan anak patung yang mengenakan gaun merah dan berambut perang berjalan-jalan dengan seorang wanita tua di halaman sebuah rumah di Saltillo, Mexico.

Pemilik anak patung, Rosalba Valdez Alvarado mendakwa anak patungnya itu tidak menggunakan kuasa bateri.

Dalam video tersebut, pemilik anak patung itu turut menjemput orang ramai untuk berjalan sambil berpegangan tangan dengan anak patungnya.


Bagaimanapun, anak patung itu nyata hanya bergerak apabila tuannya sahaja yang memegang tangannya.

Video yang dimuatnaik oleh Guillermo Rios ini telah ditonton 5.5 juta kali dalam masa tiga hari..

“Semua orang mengatakan bahawa ianya tipu tetapi kita harus berada di situ untuk melihat kesahihannya,” kata Rios. – MYNEWSHUB.CC

No comments