Terkini

Video : Lelaki Maut Ketika Selamatkan Cucu Dilanggar Kereta

Sebuah video rakaman CCTV yang mengerikan, menunjukkan seorang lelaki tua di langgar oleh sebuah kereta apabila sedang menyelamatkan cucunya menjadi viral di Facebook.

Video : Lelaki Maut Ketika Selamatkan Cucu Dilanggar Kereta

Video berdurasi 1 minit 1 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna coklat dengan berkain pelekat dan berkopiah melihat cucunya sedang melintasi jalan.Lelaki itu cuba untuk menyelamatkannya lantaran selepas itu dia dilanggar oleh kereta yang melalui jalan tersebut di Satun, Thailand semalam.

Dalam video tersebut,insiden berlaku kira-kira jam 7 malam waktu malaysia. Video yang dimuatnaik oleh ‘Mohd Nolks’ ini telah ditonton 119 juta kali dalam masa dua hari.


“Al-Fatihah buat ayah sedara di Satun.Semoga roh ditempatkan dikalang orang yang beriman.,” kata Mohd Nolks. KLP

No comments