Terkini

Tahniah!! 25 Jun Tarikh TMJ Timang Cahaya Mata Pertama

JOHOR BHARU, Sabtu – Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selamat menimang cahaya mata pertamanya, hari ini.

Tahniah!! 25 Jun Tarikh TMJ Timang Cahaya Mata Pertama

Menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, pemilik akaun berkongsi berita gembira itu dan menyatakan kesyukuran atas kurniaan tersebut.

“Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Allah Peliharakan Sultan,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Dalam masa yang sama, para pengguna Facebook turut sama memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar anakanda puteri sulung akan menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada keluarga dan bangsa.

Tunku Mahkota Johor telah diijabkabulkan dengan Che Puan Khaleeda Bustamam di Istana Besar pada 8 November 2014.

No comments