Video : KuBimbing Ke Mana Jua Ayah, Demi Sesuap Nasi
WALAUPUN baru berusia lima tahun namun Jenny merupakan `mata’ kepada bapanya, Nelson Pepe yang buta. Setiap hari Jenny akan menjadi jurutunjuk jalan kepada bapanya yang bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa di Filipina.
Sambil memegang tangan Jenny, bapanya akan mengikut arah yang dibawa oleh anaknya itu dan mereka akan berjalan di dalam kebun kelapa di Southern Leyte.
Pada waktu rehat pula Jenny akan menyediakan air kepada bapanya itu.
Pekerjaan yang dilakukan Nelson itu membolehkan dia mendapat wang sebanyak $9 sehari dan kebiasaannya dalam sehari Nelson boleh memanjat hingga 60 batang pokok kelapa.
Usaha yang dilakukan mereka demi mencari wang untuk menampung kehidupan telah dirakamkan oleh Rhuby Capunes yang kemudiannya memuatnaik dalam media sosial pada 10 Jun lalu.
Ramai yang bersimpati dengan dua beranak itu hinggakan video tersebut telah ditonton lebih 2 juta kali.
Video itu juga mendapat perhatian antarabangsa dan satu yayasan iaitu ABS-CBN telah melawat Nelson serta Jenny di Filipina. Yayasan berkenaan berharap dapat menempatkan keluarga itu di persekitaran yang lebih baik. – MNH
Jenny, 5 tahun membimbing ayahnya yang cacat penglihatan |

No comments
Post a Comment