Video : Pasangan Laku Seks Di Menara Tak Sedar Aksi Terakam Dron
APABILA melawat ke sesebuah tarikan pelancongan apatah lagi jika tempat itu merupakan bangunan upacara keagamaan, adalah lebih afdal jika anda tidak melakukan hubungan kelamin di situ.
Namun, nampaknya pasangan ini jelas tidak berfikiran dengan waras kerana mereka membuat keputusan untuk memadu asmara di atas menara pertapaan rahib sebuah gereja Kristian Ortodoks di Torzhok, Rusia!
Apa yang lebih ‘mengharukan’ adalah aksi seks mereka di atas Borisogleb Monastery itu telah dirakam secara tidak sengaja oleh sebuah dron yang sedang mengelilingi menara tersebut, sekaligus merakam permandangan yang sempurna saat insiden itu berlangsung.
Bagaimanapun, aksi pasangan itu terbantut apabila seorang lagi pelancong muncul secara tiba-tiba tanpa amaran.
Mungkin terkejut atau trauma menjadi saksi perlakuan tidak senonoh itu, si pelancong pun berpura-pura menikmati permandangan sekeliling dari atas menara itu seolah-olah tiada apa-apa berlaku.
Keadaan tegang antara mereka bertiga dapat dirakam sepenuhnya oleh kamera dron tersebut.
Pasangan itu boleh dikenakan hukuman, jika pihak berkuasa dapat mengesan identiti sebenar mereka.
Mungkin orang putih ni sudah hilang sifat malu agaknya, berfikir menggunakan alat kelamin sahaja sehingga sanggup mengadakan hubungan seks di tempat awam. Kami pula yang malu melihatnya!
-MNH/MailOnline

No comments
Post a Comment