Terkini

Ngeri!! Mata Budak Lelaki Ditembusi Pencangkuk Besi

Hyderabad – Sekumpulan doktor sebuah hospital di sini berjaya menyelamatkan mata seorang budak lelaki yang tercangkuk pada pencangkuk besi yang biasa digunakan penjual daging.

Ngeri!! Mata Budak Lelaki Ditembusi Pencangkuk Besi

Kejadian itu menimpa Md Baba Qureshi, 12, ketika dia bermain di sebuah kedai jual daging apabila pencangkuk berkenaan yang digunakan untuk menggantung daging tiba-tiba tercangkuk pada mata kiri dan menembusi hingga ke otaknya.

Walaupun besi berkenaan memasuki rongga orbita, bola matanya tidak rosak. Ia juga menembusi sehingga sedalam 15 sentimeter ke dalam otak Baba.

Ngeri!! Mata Budak Lelaki Ditembusi Pencangkuk Besi

Dia juga dalam keadaan sedar sepanjang kejadian, tetapi darah banyak keluar dari matanya dan dia menangis kerana kesakitan.

Keluarganya serta-merta menghantarnya ke Hospital Osmania di bandar Hyderabad dalam keadaan dia berdepan dengan kemungkinan buta atau cacat otak.

No comments