Terkini

Blogger Cerita Seram Bunuh Ibu Dan Bapa Tiri

Seorang remaja perempuan yang juga blogger cerita seram, dipenjarakan selama 23 tahun selepas didapati bersalah membunuh ibu dan bapa tirinya pada tahun lepas.

Blogger Cerita Seram Bunuh Ibu Dan Bapa Tiri

Ashlee A. Martinson, 18, yang menggunakan nama gelaran `Vampchick’ dalam blognya, membunuh mangsa sebelum mengunci adik-adik perempuannya di dalam bilik. Dia kemudiannya melarikan diri bersama dengan teman lelakinya ke Wisconsin.

Ashlee mengaku membunuh bapa tirinya, Thomas Ayers, 37, kerana telah didera secara mental dan fizikal oleh lelaki berkenaan. Dia menembak dengan dua das tembakan dan menikam ibunya, Jennifer Ayers, 40, sebanyak 30 kali.

Menurut dokumen mahkamah, Ashlee juga pernah didera oleh bekas kekasih-kekasih ibunya sebelum ini termasuk salah seorang daripada mereka pernah merogolnya ketika dia berusia sembilan tahun.

Ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, hakim Michael Bloom berkata, beliau memahami bahawa Ashlee telah didera oleh bapa tirinya namun dia sepatutnya mempunyai kekuatan dalaman untuk tidak melakukan pembunuhan.

Jelasnya, beliau percaya Ashlee tidak berada dalam keadaan bahaya ketika dia melakukan pembunuhan berkenaan.

Namun hukuman berkenaan dikritik oleh adik beradik Ashlee dan mereka mengakui telah didera oleh bapa tiri mereka.

Malahan jiran mereka juga menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak wajar terutama kepada Ashlee yang menjadi mangsa dera.

No comments