Lelaki Stress Gara-gara No Plat "Bertuah" Yang Tak Bawa Tuah
Beijing: Selepas membeli kereta berharga 30,000 yuan (RM18,100), seorang lelaki membelanjakan 1 juta yuan (RM605,000) untuk memiliki nombor pendaftaran 88888 dengan harapan dia bebas daripada sebarang masalah di jalan raya.
Bagaimanapun, tindakan lelaki yang dikenali sebagai Liu itu memakan dirinya apabila dia ditahan lebih lapan kali oleh polis tempatan.
Portal berita NetEase melaporkan, masalah itu bukan berpunca daripada gaya pemanduan Liu, sebaliknya plat ‘bertuahnya,’ yang polis dakwa palsu.
Di China, ‘8’ dianggap nombor paling bertuah. Ini kerana sebutannya dalam bahasa Mandarin kedengaran seperti ‘kemakmuran’ atau ‘kekayaan,’ begitu juga dengan Kantonis yang kedengaran seperti ‘nasib yang baik.’
Ini bermakna, plat kenderaan yang mempunyai beberapa nombor ‘8’ dianggap simbol status kerana untuk memilikinya memerlukan perbelanjaan yang besar dan kadang kala lebih mahal daripada kereta.
Liu ditahan polis kerena mereka tidak percaya dia yang memandu kereta murah mampu membeli nombor pendaftaran itu.
Dan setiap kali dia ditahan, polis dikatakan kelihatan terkejut apabila memeriksa lesen memandu Liu dan sijil pendaftaran keretanya. – Agensi

No comments
Post a Comment