Terkini

Senaman "Unik" Untuk Kurus

JILIN, CHINA: Seorang lelaki mendakwa berjaya menurunkan berat badannya dan kekal sihat dengan mengamal rutin berjalan sambil menjunjung batu simen di kepala.

Senaman "Unik" Untuk Kurus

Cong Yan, 54, mendakwa teknik senaman unik itu adalah rahsianya kekal sihat dan membantu menurunkan berat badan.

Menurutnya, tiga tahun lalu berat badannya mencecah 115 kilogram (kg) dan doktor memberitahu keadaan itu sangat bahaya kepada kesihatannya.

Cong berusaha untuk menurunkan berat badannya, tetapi gagal sebelum menemui teknik senaman unik berkenaan.

“Saya tidak mahu mengambil pil kurus dan bertekad mencuba senaman ini,” katanya.

- Harian Metro

No comments