Majlis Perkahwinan Perdana 2015 di Masjid Al'Alami MITC, Ayer Keroh
Melaka: Seramai 15 pasangan pengantin selamat diijabkabulkan pada Majlis Perkahwinan Perdana 2015 Bahagian Bukit Katil yang berlangsung di Masjid Al'Alami MITC, Ayer Keroh, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Pengantin Mohd Azizan Daud berkata, tujuh dari pengantin berkenaan adalah saudara baru berketurunan Cina dan India.
Beliau berkata, selepas majlis akad nikah selesai pasangan pengantin baru itu diarak menggunakan bas dua tingkat menuju ke dewan persandingan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
"Kami mahu pengantin merasakan kemeriahan majlis perkahwinan mereka berikutan itu jawatankuasa mencadangkan supaya mereka diarak menaiki bas dua tingkat menuju ke dewan persandingan.
"Kami membuka penyertaan sejak Jun lalu dan setiap pasangan hanya perlu membayar RM4,000 selain menyediakan sendiri baju pengantin memandangkan kami sudah menyediakan keperluan lain," katanya.
Beliau berkata, majlis itu adalah sebahagian daripada usaha pihanya membantu pengantin yang kurang berkemampuan melangsungkan majlis perkahwinan pada kos yang amat murah namun tetap meriah

-hmetro
No comments
Post a Comment