Terkini

Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan

KUALA LUMPUR: Masih terasa merah inai di jari manis Rozita Che Wan saat bernikah dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013 atau simbolik tarikhya 11.12.13 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.



Hari ini genap dua tahun kedua pasangan sama padan sama cantik itu menjadi suami isteri.

Kehadiran Aaisyah Dhia Rana berusia genap setahun 1 November lalu menjadi penyeri kepada rumah tangga mereka.

Bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, suami isteri ini di samping Aaisyah serta pereka fesyen Man Kajang dan Qudyn ke Phuket, Thailand selama tiga hari. Mereka dijadualkan pulang ke tanah air, esok.

Di sana, Rozita menggayakan busana kahwinnya yang dihasilkan Qudyn dan pastinya momen itu diabadikan jurugambar rasmi Rozita, yang turut dibawa untuk mengabadikan kenangan indah di sana.

"Saja suka-suka melaram baju kahwin ini. Bukan selalu. Oh ya...Alhamdulillah sepanjang dua tahun bersama, kami laluinya sebaik-baik mungkin.

Ikutkan rasa macam sudah lama saya berkahwin tapi rupa-rupanya baru dua tahun. "Zain... lelaki dan suami yang senang diurus.

Malah, selain bergelar isteri dan ibu, segala urusan harian saya tak kira dalam perniagaan dan lakonan dilakukan tanpa halangannya.

"Itu yang penting kerana saya ada terlalu banyak urusan harian yang perlu dilunaskan. Pendek kata, Zain begitu memahami," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


Foto...Che Ta menggayakan busana kahwinnya dihari ulangtahun perkahwinan


-bharian.com.my/node/104195

No comments