Hati-hati...nak kongsi, nak `Like' jangan sebarangan
BANGKOK: Seorang lelaki Thailand ditahan kerana menekan butang 'Like' ke atas gambar Raja Thailand yang diubah suai dan berkongsi gambar itu menerusi Facebook mengenai satu skandal politik.
Pekerja kilang bahagian kenderaan Thanakorn Siripaiboon, 27, itu ditahan di rumahnya di Samut Prakan, dekat Bangkok dan dituduh menghasut, lese majeste (kesalahan membabitkan keluarga Diraja) dan jenayah komputer.
Pegawai Undang-undang Junta, Kolonel Burin Thongprapai, berkata lelaki itu pada 2 Disember lalu, menekan 'Like' ke atas satu gambar Raja Thailand yang diubah suai dan berkongsi gambar terbabit bersama 608 rakannya.
"Dia mengaku melakukan perbuatan itu dan mungkin berdepan penjara 32 tahun," katanya.
Gambar itu dilaporkan memaparkan Raja dengan cara negatif. Di bawah undang-undang Thailand, sesiapa yang bersalah menghina Raja, permaisuri, pewaris takhta atau pemangku Raja boleh dipenjara sehingga 15 tahun atas setiap tuduhan.
- AFP,BHARIAN

No comments
Post a Comment