Terkini

Identiti lelaki yang dipercayai dibunuh sudah dikenali

IPOH: Identiti lelaki yang dipercayai dibunuh sebelum dihumban ke bawah jambatan di Kilometer 8 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, sudah dikenali.

Identiti lelaki yang dipercayai dibunuh sudah dikenali


Mangsa dikenal pasti sebagai Joevani Ahmed, 41 menerusi pemeriksaan cap jari dan pengecaman oleh ahli keluarganya.

Seorang ahli keluarga mangsa yang hadir di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, berkata dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa selepas dihubungi pihak polis kira-kira jam 3 petang semalam.

"Polis menghubungi saya meminta hadir ke HRPB hari ini untuk pengecaman mayat serta mengambil sampel DNA bagi ujian lebih teliti.

"Saya sudah tidak bertemu dengan arwah lebih lima tahun dan difahamkan mangsa juga sudah lama tidak pulang ke rumah untuk bertemu isteri serta tujuh anaknya," katanya yang tiba di HRPB dari Pulau Pinang jam 10 pagi tadi.

Katanya, jenazah mangsa sudah dibenarkan untuk dituntut dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kepayang, di sini hari ini.

-.bharian

No comments