Mereka terpaksa menjual barang berharga untuk menanggung kos tabiat mahal
Jurugambar dari Australia, Raphael Korman mengembara ke perkampungan Longwa, Nagaland, India yang terletak bersempadan dengan Myanmar selepas mendapat maklumat mengenai ritual memburu kepala manusia yang diamalkan sehingga tahun 1960-an.
Bagaimanapun, sebaik tiba di kampung itu, penemuannya lebih mengejutkan. Bukan aktiviti memburu kepala kerana ritual itu sudah berjaya dihapuskan kerajaan India, sebaliknya penagihan candu yang kritikal dalam kalangan penduduknya.
Walaupun kaum Konyac yang menghuni perkampungan Longwa cuba berjuang melawan ketagihan candu yang ‘diwarisi’ sejak lebih 70 tahun lalu, ia masih gagal.
Hampir satu pertiga penduduk Longwa menghisap dadah itu, malah kebanyakan mereka terpaksa menjual barang berharga milik masing-masing untuk menanggung kos tabiat mahal itu.
Asalnya, candu diperkenalkan penjajah British pada 1940-an dan sehingga kini, dadah itu kekal popular di perkampungan berkenaan yang terletak di kawasan berbahaya kerana kerap berlaku pertempuran di antara tentera India dengan beberapa kumpulan gerila.
Akibatnya, kehidupan penduduk kampung, struktur sosial dan politiknya dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Dianggarkan 30 peratus penduduk ketagih candu, turun daripada 90 peratus sebelum ini, tetapi gambar yang dirakam Raphael Korman menunjukkan kesan kerosakan akibat candu sukar dpulihkan.
“Ketagihan candu mengganggu nilai kehidupan dan keluarga terutama apabila melihat kanak-kanak ditinggalkan bapa mereka berjam-jam untuk menghisap candu.
“Ia mungkin kesan paling prolifik terhadap penagihan dadah endemik. Fikrah manusia, lelaki bertanggungjawab melakukan pelbagai kerja keras seperti memburu dan menebang hutan.
“Sebaliknya, wanita pula bangun seawal pagi untuk bekerja di ladang atau sawah, kemudian pulang ke rumah sekitar jam 6 petang untuk menjaga anak dan menyediakan makan malam,” katanya.
Sewaktu di kampung itu, Raphael banyak berdialog dengan ketua kampung Tonyei Phawang yang berusia 38 tahun.
Kebiasaannya ketua kampung mempunyai peranan sangat penting. Bagaimanapun, kehidupan Phawang lebih banyak dihabiskan dengan menghisap candu sepanjang hari.
Phawang mudah memperoleh wang kerana di situ ada kawasan pelancongan. Di situ, dia menjual perhiasan. Wang itu yang sepatutnya digunakan untuk projek komuniti dihabiskan kepada candu.
Raphael menghabiskan masa tiga minggu bercakap dengan penduduk, ahli agama dan ketua kampung mengenai sumber dan kesan penyalahgunaan dadah.
“Ada perbalahan di situ antara tentera India dengan beberapa kumpulan gerila. Sewaktu di sana, saya menjalani perintah berkurung bermula jam 6 petang setiap hari, tetapi ia tidaklah kelihatan membahayakan.
“Beberapa perisik bertanyakan tujuan saya di kampung itu dan apa pendapat saya mengenai suasana politik. Mereka mahu memastikan saya bukanlah penghasut penduduk Nagaland.
“Ada kira-kira 12 suku kaum di Nagaland terutama suku Konyac yang lebih agresif dan maju.
“Mereka sudah merdeka pada 1947 selepas dijajah British pada 1940. British mahu membina hubungan dengan suku Konyac. Disebabkan rasa terancam, mereka memperkenalkan candu kepada masyarakat di situ untuk mewujudkan hubungan baik dan menenangkan mereka.
“Penyalahgunaan candu yang hampir seabad mencetuskan kekacauan sosial di perkampungan itu, sekali gus mewujudkan gangguan dalam struktur keluarga,” kata Raphael.
Katanya, kerajaan India cuba membasmi gejala itu, manakala gereja tempatan serta organisasi lain menggalakkan petani beralih kepada tanaman buah pelaga, tetapi jelas ia tidak memberi pulangan lumayan seperti tanaman candu.
“Masalah sebenar wujud di Myanmar kerana ia pengeluar candu kedua terbesar di dunia. Lima tahun lalu, saya berpeluang melawat ladang candu di Myanmar. Petani mengembangkannya sebagai pertanian sara hidup dan menjualnya kepada kumpulan militia yang mengawal kawasan mereka.
“Mereka membawanya ke Thailand untuk menghasilkan heroin. Ia struktur kompleks yang membabitkan ramai pihak,” katanya.
-hmetro
RITUAL memburu kepala manusia di Longwa dihentikan pada tahun 1960-an tetapi kesannya masih ada hingga kini. |
Bagaimanapun, sebaik tiba di kampung itu, penemuannya lebih mengejutkan. Bukan aktiviti memburu kepala kerana ritual itu sudah berjaya dihapuskan kerajaan India, sebaliknya penagihan candu yang kritikal dalam kalangan penduduknya.
Walaupun kaum Konyac yang menghuni perkampungan Longwa cuba berjuang melawan ketagihan candu yang ‘diwarisi’ sejak lebih 70 tahun lalu, ia masih gagal.
Hampir satu pertiga penduduk Longwa menghisap dadah itu, malah kebanyakan mereka terpaksa menjual barang berharga milik masing-masing untuk menanggung kos tabiat mahal itu.
Asalnya, candu diperkenalkan penjajah British pada 1940-an dan sehingga kini, dadah itu kekal popular di perkampungan berkenaan yang terletak di kawasan berbahaya kerana kerap berlaku pertempuran di antara tentera India dengan beberapa kumpulan gerila.
Akibatnya, kehidupan penduduk kampung, struktur sosial dan politiknya dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Dianggarkan 30 peratus penduduk ketagih candu, turun daripada 90 peratus sebelum ini, tetapi gambar yang dirakam Raphael Korman menunjukkan kesan kerosakan akibat candu sukar dpulihkan.
“Ketagihan candu mengganggu nilai kehidupan dan keluarga terutama apabila melihat kanak-kanak ditinggalkan bapa mereka berjam-jam untuk menghisap candu.
“Ia mungkin kesan paling prolifik terhadap penagihan dadah endemik. Fikrah manusia, lelaki bertanggungjawab melakukan pelbagai kerja keras seperti memburu dan menebang hutan.
“Sebaliknya, wanita pula bangun seawal pagi untuk bekerja di ladang atau sawah, kemudian pulang ke rumah sekitar jam 6 petang untuk menjaga anak dan menyediakan makan malam,” katanya.
Sewaktu di kampung itu, Raphael banyak berdialog dengan ketua kampung Tonyei Phawang yang berusia 38 tahun.
Phawang bersama-sama dengan pengawalnya, yang juga ketagih candu |
Phawang mudah memperoleh wang kerana di situ ada kawasan pelancongan. Di situ, dia menjual perhiasan. Wang itu yang sepatutnya digunakan untuk projek komuniti dihabiskan kepada candu.
Raphael menghabiskan masa tiga minggu bercakap dengan penduduk, ahli agama dan ketua kampung mengenai sumber dan kesan penyalahgunaan dadah.
“Ada perbalahan di situ antara tentera India dengan beberapa kumpulan gerila. Sewaktu di sana, saya menjalani perintah berkurung bermula jam 6 petang setiap hari, tetapi ia tidaklah kelihatan membahayakan.
“Beberapa perisik bertanyakan tujuan saya di kampung itu dan apa pendapat saya mengenai suasana politik. Mereka mahu memastikan saya bukanlah penghasut penduduk Nagaland.
“Ada kira-kira 12 suku kaum di Nagaland terutama suku Konyac yang lebih agresif dan maju.
“Mereka sudah merdeka pada 1947 selepas dijajah British pada 1940. British mahu membina hubungan dengan suku Konyac. Disebabkan rasa terancam, mereka memperkenalkan candu kepada masyarakat di situ untuk mewujudkan hubungan baik dan menenangkan mereka.
“Penyalahgunaan candu yang hampir seabad mencetuskan kekacauan sosial di perkampungan itu, sekali gus mewujudkan gangguan dalam struktur keluarga,” kata Raphael.
Katanya, kerajaan India cuba membasmi gejala itu, manakala gereja tempatan serta organisasi lain menggalakkan petani beralih kepada tanaman buah pelaga, tetapi jelas ia tidak memberi pulangan lumayan seperti tanaman candu.
“Masalah sebenar wujud di Myanmar kerana ia pengeluar candu kedua terbesar di dunia. Lima tahun lalu, saya berpeluang melawat ladang candu di Myanmar. Petani mengembangkannya sebagai pertanian sara hidup dan menjualnya kepada kumpulan militia yang mengawal kawasan mereka.
“Mereka membawanya ke Thailand untuk menghasilkan heroin. Ia struktur kompleks yang membabitkan ramai pihak,” katanya.
-hmetro
No comments
Post a Comment