Pura-pura bantu...rupanya ingin mencuri
Seorang eksekutif nyaris maut dalam kemalangan yang mengakibatkan kereta dipandunya terbalik di Lebuh Raya Damansara-Puchong, LDP di Petaling Jaya, Selangor.
Lebih malang, ada pihak tidak bertanggungjawab yang konon cuba membantu mangsa yang tersepit dalam kenderaan, mencuri barangan berharga serta dokumen pengenalan dirinya.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Kenderaan dipandu mangsa dikatakan bergesel dengan kenderaan lain sebelum berpusing dan terbalik.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.
Dia yang berusia awal 20an cedera parah di kepala akibat hentakan kuat.
Orang ramai membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM untuk rawatan lanjut.
Kemalangan menyebabkan kesesakan selama tiga jam di sepanjang LDP.

sumber,newsplus
No comments
Post a Comment