Insiden Langgar Lari, Buruh Maut Di tempat Kejadian
MUADZAM SHAH: Seorang buruh ladang maut dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Kota Bahagia, di sini, sekitar jam 7.40 pagi tadi dipercayai dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Ladang Bong, Bera.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Aminuddin Abd Kadri, 21, berasal dari Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak dan menaiki motosikal Honda EX5 ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan siasatan awal mendapati mangsa mempunyai lesen memandu yang sah.
“Kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal dari jalan Kota Bahagia menghala ke Melati dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan lain namun tidak pasti mengenai butiran kenderaan berkenaan dan dipercayai langgar lari.
“Mangsa terhumban ke jalan bertentanggan dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Setakat ini tiada saksi bebas yang melihat kejadian dan kenderaan yang melanggar mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SinarHarian
Mangsa Muhammad Aminuddin Maut Di tempat Kejadian |

No comments
Post a Comment