Disambar Buaya, Anak Hilang Bapa Selamat
SAMARAHAN, 7 Apr: Seorang lelaki berjaya menyelamatkan dirinya dari serangan buaya ketika mandi bersama anaknya di sungai di Kampung Sungai Mata di sini petang tadi.
Namun, anak perempuannya yang berusia tiga tahun disambar haiwan tersebut dan dibawa ke dalam sungai.
Menurut Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Samarahan, lelaki terbabit turut mengalami kecederaan selepas digigit oleh reptilia tersebut.
"Empat anggota JPAM sudah dikerah ke tempat kejadian selepas kami menerima panggilan pada jam 6.21 petang dan maklumat lanjut termasuk umur mangsa sedang dikumpul," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Gambar Hiasan |

No comments
Post a Comment