Terkini

Wanita Ditemui Mati Dengan Anak Masih Hidup Dalam Pelukan

TEXAS – AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita yang dilaporkan hilang bersama tiga anaknya hampir seminggu lalu ditemui mati di dalam kereta, namun anaknya yang turut berada di situ masih hidup.

Wanita Ditemui Mati Dengan Anak Masih Hidup Dalam Pelukan
Christine Woo ditemui mati manakala anak bongsunya masih berada dipangkuan

Christine Woo, 39, dilaporkan hilang pada Isnin selepas meninggalkan rumahnya di Texas dengan tiga anaknya untuk melakukan beberapa urusan.

Mayat wanita itu ditemui di tempat duduk pemandu di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah pada Khamis manakala anak-anaknya yang berumur 16 bulan hingga lima tahun berada di tempat duduk belakang kereta.

Menurut Daily News, anak bongsu mangsa yang berusia 16 bulan masih berada di pangkuan mangsa ketika ditemui.

Ketiga-tiga kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital untuk dirawat kerana mengalami dehidrasi yang teruk.

Berdasarkan rekod kad kredit dan rakaman CCTV, Christine pergi ke kedai Walgreens pada jam 9.45 pagi pada Isnin dan dilihat di restoran makanan segera McDonald tiga jam kemudian.

Polis kemudian menemui kereta SUV wanita itu diletakkan di hadapan kedai SuperTarget di pusat membeli-belah McKinney di Frisco pada 6.30 petang pada Khamis.

Sementara itu, suami mangsa, Brandon Woo berkata, isterinya itu tidak akan mencederakan anak-anaknya.

“Dia seorang ibu yang penyayang. Dia akan berjuang untuk anak-anak serta tidak akan menyakiti mereka sama sekali,” katanya.

Laporan kehilangan wanita itu dibuat pada Selasa oleh suami mangsa.

Punca kematian masih belum di kenalpasti namun mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda trauma pada badannya.


MReview

No comments