Murid Patah Tulang Tangan Gara-gara Tahan Kepala Dipukul Ustaz
BALING - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa patah tulang tangan selepas dihentak dengan kerusi oleh seorang guru, Isnin lepas.
Farah Izzati Mohd Rohaizad, 13, berkata dalam kejadian 8.30 malam itu dia bersama dua rakannya yang sebaya umur dipanggil oleh seorang ustaz ke dewan makan sekolahnya itu untuk mengaji al-Quran.
Ketika sampai di dewan, ustaz berkenaan bertanya sama ada mereka boleh membaca atau tidak tetapi Farah Izzati memberitahu dia uzur dan tidak boleh membaca al-Quran.
Semasa Farah Izzati mahu mengambil tempat di kerusi berdekatan dengannya di dewan makan itu, ustaz berkenaan secara tiba-tiba membaling kerusi plastik dan mengenai bahagian pinggangnya dan dia terus beredar menemani seorang rakannya, untuk mengambil al-Quran.
"Selepas kembali ke dewan makan dan mendapati tiada al-Quran di hadapan saya, kepala saya dihentak kali kedua dengan kerusi namun saya sempat menahan kepala sehingga kerusi berkenaan mengenai belakang tangan kanan saya," katanya.
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor di Hospital Daerah Baling mengesahkan dua tulang belakang telapak tangan kanannya mengalami keretakan dan patah.
Sementara itu, bapanya, Mohd Rohaizad Abdullah, 36, berkata, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu kerana ia sepatutnya tidak berlaku.
"Banyak lagi cara lain untuk diambil tindakan ke atas anak saya itu jika dia benar-benar bersalah, bukan dengan cara memukulnya sehingga mencederakannya," katanya yang telah membuat laporan polis hari ini.
Beliau turut kesal dengan pihak sekolah yang didakwa tidak memaklumkan mengenai kejadian itu kepadanya dengan segera tetapi menunggu keesokan harinya untuk berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffudin Yusof mengesahkan telah menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Bernama
Mohd
Rohaizad Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai kes
seorang guru
mencederakan anaknya Farah Izzati (tengah) pelajar tingkatan satu
sehingga patah tangan. - Foto Bernama
|
Farah Izzati Mohd Rohaizad, 13, berkata dalam kejadian 8.30 malam itu dia bersama dua rakannya yang sebaya umur dipanggil oleh seorang ustaz ke dewan makan sekolahnya itu untuk mengaji al-Quran.
Ketika sampai di dewan, ustaz berkenaan bertanya sama ada mereka boleh membaca atau tidak tetapi Farah Izzati memberitahu dia uzur dan tidak boleh membaca al-Quran.
Semasa Farah Izzati mahu mengambil tempat di kerusi berdekatan dengannya di dewan makan itu, ustaz berkenaan secara tiba-tiba membaling kerusi plastik dan mengenai bahagian pinggangnya dan dia terus beredar menemani seorang rakannya, untuk mengambil al-Quran.
"Selepas kembali ke dewan makan dan mendapati tiada al-Quran di hadapan saya, kepala saya dihentak kali kedua dengan kerusi namun saya sempat menahan kepala sehingga kerusi berkenaan mengenai belakang tangan kanan saya," katanya.
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor di Hospital Daerah Baling mengesahkan dua tulang belakang telapak tangan kanannya mengalami keretakan dan patah.
Sementara itu, bapanya, Mohd Rohaizad Abdullah, 36, berkata, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu kerana ia sepatutnya tidak berlaku.
"Banyak lagi cara lain untuk diambil tindakan ke atas anak saya itu jika dia benar-benar bersalah, bukan dengan cara memukulnya sehingga mencederakannya," katanya yang telah membuat laporan polis hari ini.
Beliau turut kesal dengan pihak sekolah yang didakwa tidak memaklumkan mengenai kejadian itu kepadanya dengan segera tetapi menunggu keesokan harinya untuk berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffudin Yusof mengesahkan telah menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Bernama
No comments
Post a Comment