Kecuaian Ketika Proses Cuci Rahim Didakwa Buatkan Wanita Ini Lumpuh Separuh Badan
KUALA LUMPUR - Selama sembilan bulan, seorang wanita kini menderita lumpuh separuh badan apabila mendakwa berlaku kecuaian daripada pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, ketika menjalani rawatan mencuci rahim pada Julai tahun lalu.
Mazlina Ismail, 39, dikatakan mendapatkan rawatan di HKL pada 13 Julai apabila kandungannya yang berusia 11 bulan tidak membesar, dan perlu dikeluarkan.
Namun, selepas rawatan mencuci rahim, dia dilaporkan mengalami masalah usus koyak dan perlu menjalani pembedahan keesokan harinya.
Bagaimanapun keadaan Mazlina dilaporkan kritikal dan koma selama dua minggu serta ditahan di unit rawatan rapi (ICU) selama dua bulan.
Suaminya, Zainal Aziz, 52, berkata, ia merupakan kali kedua isterinya menjalani rawatan cuci rahim namun kali pertama pada usia kandungan enam bulan di sebuah hospital swasta.
“Ketika itu selepas proses rawatan dia boleh jalan seperti biasa. Namun kali ini keadaannya menjadi begini membuatkan kami sekeluarga rasa kecewa.
“Usus dan rahimnya dilaporkan pecah namun tiada penjelasan jelas daripada pihak hospital mengapa perkara itu terjadi.
“Sekarang ini dia tidak mampu uruskan diri sendiri. Kasihan pada anak-anak yang sepatutnya tumpu pada pelajaran, terpaksa tolong jaga dia kerana saya bekerja,” katanya ditemui ketika lawatan Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal, di sini, kelmarin.
Keluarga kecewa
Dalam pada itu, adik kepada Mazlina, Siti Nur Fatiha Ismail, 26, turut melahirkan rasa kecewa atas apa yang terjadi kepada kakaknya dan menuntut keadilan yang sewajarnya.
Ujarnya, keluarganya ralat apabila kehadiran mereka pada pertemuan di HKL baru-baru ini, seolah-olah untuk menuntut wang ganti rugi sedangkan tidak sedikit pun perkara itu dibangkitkan.
“Kami cuma mahu doktor terlibat bertanggungjawab. Mengaku kecuaian. Kami sedih atas nasib kakak saya yang dahulunya sihat, kini terlantar sakit. Tangan kanan dan kaki kirinya sangat lemah dan jari kaki kanannya juga semakin teruk apabila mula ‘luruh’ satu persatu.
“Kakak saya sering menangis kerana sudah tidak dapat uruskan diri sendiri dan dia kini sudah tidak dapat bekerja jadi dia rasa dia sudah susahkan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Mustapa Kamal, berkata, HKL digesa bertanggungjawab atas apa yang berlaku memandangkan Mazlina kini sudah hilang keupayaan dan mengalami cacat kekal.
Katanya, pihaknya akan membantu Mazlina mendapatkan keadilan sewajarnya dalam masa sama memastikan perkara itu menjadi pengajaran agar tidak berlaku pada masa akan datang.
“Saya akan tulis surat ke Kementerian Kesihatan dan akan dapatkan khidmat nasihat sekiranya kes ini perlu untuk tindakan undang-undang,” katanya.
HKL lakukan siasatan dalaman
Dalam pada itu, HKL mengambil maklum berhubung kes Mazlina dan telah melakukan siasatan terperinci di mana hasil siasatan akan diserahkan ke Bahagian Amalan Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, pihaknya juga turut mencadangkan perwujudan satu Panel Siasatan Luaran (External Inquiry) bagi kes berkenaan.
“Sebagai institusi perubatan yang mengambil berat kepada kebajikan dan keselamatan pesakit, setiap kes kompleks seperti yang dialami oleh Marlina akan disiasat dengan rapi oleh pelbagai pasukan siasatan tanpa menunggu aduan rasmi.
“Laporan terperinci oleh Jabatan Sakit Puan, Ortopedik, Pembedahan Am, Anestesia, Neurologi dan jurupulih anggota telah dibuat untuk mengenal pasti punca kejadian dan menentukan jika terdapat elemen salah laku atau kelemahan sama ada dari aspek sistem perkhidmatan atau prestasi pegawai klinikal yang mengendalikan kes tersebut.
“Di samping itu , pihak HKL telah juga mengadakan satu siasatan dalaman melibatkan pakar-pakar kanan HKL dari jabatan berlainan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Rawatan susulan
Mengulas lanjut, beliau berkata, Panel Penyiasat telah mengadakan perjumpaan bersemuka dengan Mazlina yang turut disertai oleh tiga adiknya, ibu bapa dan seorang anggota keluarga pada 27 April lalu.
“Dalam perjumpaan itu, kesemua mereka yang hadir telah diberi penerangan berkaitan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Jabatan Sakit Puan dan pihak pengurusan HKL untuk mengenal pasti punca komplikasi prosedur untuk mengelak kejadian serupa dari berlaku di masa hadapan,” katanya.
Katanya, Mazlina terus menerus diberi rawatan sambungan selepas dibenarkan pulang dari HKL melibatkan rawatan pemulihan yang diberi secara pesakit luar dan pesakit dalam oleh beberapa jabatan yang dikoordinasi oleh Jabatan Sakit Puan.
“Semua perkhidmatan itu telah diberi secara berulang dengan ikhlas dan profesional oleh jabatan-jabatan dan pakar yang terlibat demi memastikan kebajikan Mazlina tidak terabai dan keadaan kesihatannya dapat ditingkatkan supaya tahap pemulihan semaksimum mungkin akan dapat dicapai dengan izin ALLAH,” katanya
SinarOnline
Derita wanita itu bertambah apabila turut kehilangan dua jari kakinya. |

No comments
Post a Comment