Kereta Tersepit Dalam Kemalangan, Pengulas Sukan Tekad Keluar Ikut Tingkap
JASIN - Seorang pengulas sukan sebuah stesen televisyen swasta terpaksa keluar melalui tingkap kereta apabila kereta dipandunya tersepit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 174 Lebuhraya Utara - Selatan (Plus) menghala selatan, di sini, semalam.
Hasnizam Uzir, 41, berkata, kereta jenis Mercedes Benz dipandunya tersepit antara Toyota Hilux dan Proton Persona selepas ketiga-tiga kenderaan berlanggar antara satu sama, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi.
“Kejadian melibatkan tujuh kenderaan termasuk enam kenderaan di lorong kanan dan paling hadapan Proton Alza, Persona, kereta saya, Hilux, Iswara dan sebuah bas sementara treler pula di lorong kiri.
“Kereta saya dihimpit selepas bas melanggar Proton Iswara menyebabkan kereta saya dan tiga kereta lain yang berada di hadapan saling berlanggar,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, semalam.
Hasnizam berkata, sebaik kemalangan, dia cuba menenangkan diri dan tidak panik malah sempat melihat bas yang merempuh Proton Iswara melalui cermin pandang belakang.
"Saya dalam perjalanan balik kampung dan sebaik berlaku kemalangan saya tak panik walaupun pintu tak boleh dibuka sebab tersekat. Jadi saya buka tingkap dan keluar melaluinya sebelum meluru ke arah Proton Iswara yang teruk dirempuh bas itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Jasin, Superintendan Sampornak Ismail berkata, hanya tiga cedera dalam kemalangan melibatkan 38 mangsa dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak.
Berdasarkan siasatan awal, katanya, pemandu bas membawa 29 penumpang berada di lorong kanan dipercayai gagal mengawal kenderaan dan merempuh Proton Iswara di hadapan, sebelum kereta itu melanggar kenderaan lain di hadapan.
"Tiga mangsa cedera adalah seorang wanita berusia 57 tahun yang juga penumpang bas terbabit, manakala dua penumpang kereta berusia 9 tahun dan ibunya berusia 35 tahun. Kesemua mereka hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak,” katanya.
Sampornak berkata, ujian saringan urin akan dilakukan terhadap pemandu bas berusia 30-an itu.
SinarHarian
Kelihatan tiga kenderaan remuk akibat dihimpit. |

No comments
Post a Comment