Pencipta BITCOIN Akhirnya Dedahkan Identiti
Seorang usahawan Australia, Craig Wright akhirnya mendedahkan beliau adalah pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto.
Pengakuan yang dibuat oleh Wright itu mengakhirkan spekulasi tentang siapa sebenarnya yang memulakan idea di sebalik mata wang digital itu.
Bersama pengakuan itu, Wright turut melampirkan beberapa bukti teknikal yang menyokong bahawa beliau adalah pencipta Bitcoin.
Selain itu, pengakuan itu turut disahkan oleh komuniti Bitcoin dan para pembangun sistem matawang tersebut.
Saya Mahu Bekerja
Dengan mendedahkan diri kepada umum, Wright berharap spekulasi-spekulasi yang timbul tentang Satoshi Nakamoto dapat diakhiri.
Pada Disember 2015, dua portal, Wired dan Gizmodo menamakan Wright sebagai calon 'berpotensi' sebagai pencipta Bitcoin.
Tidak lama selepas itu, rumah Wright diserbu oleh pihak berkuasa.
Selepas itu, Wright dan kenalannya menjadi tumpuan media dan orang ramai sehingga menyebabkan dia susah menjalani kehidupan seharian.
"Banyak cerita yang direka-reka dan saya tak suka menyakitkan hati orang-orang yang saya sayang.
"Saya tak mahu mereka terkesan dari perkara ini.
"Saya tak akan buat perkara ini(mendedahkan dirinya) kerana saya inginkannya. Ini bukan pilihan saya", kata beliau sambil menambah dia tiada sebarang pelan untuk menjadi 'orang besar' Bitcoin.
"Saya tak mahu menjadi 'public face' atau lain-lain"
"Saya cuma mahu bekerja, saya mahu buat apa yang saya mahu buat. Saya tak mahu duit. Saya tak mahu publisiti, saya tak mahu dipuja.
"Saya cuma mahu ditinggalkan sendirian", kata Wright.
Bitcoins kini diterima sebagai matawang digital untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Difahamkan, kini terdapat 15.5 juta Bitcoin dan setiap satunya bernilai $449 (RM 1,758).
Dipercayai, Satoshi Nakamoto (Wright) memiliki satu juta Bitcoins yang juga bersaman dengan $450 juta (RM 1.7 billion).
Craig Wright |

Sebelum ini, lelaki Jepun, Dorian Satoshi Nakamoto, disalah anggap sebagai pencipta Bitcoin |
"Saya cuma mahu bekerja, saya mahu buat apa yang saya mahu buat. Saya tak mahu duit. Saya tak mahu publisiti, saya tak mahu dipuja.
"Saya cuma mahu ditinggalkan sendirian", kata Wright.
Bitcoins kini diterima sebagai matawang digital untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Difahamkan, kini terdapat 15.5 juta Bitcoin dan setiap satunya bernilai $449 (RM 1,758).
Dipercayai, Satoshi Nakamoto (Wright) memiliki satu juta Bitcoins yang juga bersaman dengan $450 juta (RM 1.7 billion).
No comments
Post a Comment