17 Tahun Koma, Gadis Ini Sempat Beraya Di Bilik Baharu Sebelum Mengadap Ilahi
BACHOK - Seorang gadis yang koma selama 17 tahun, Siti Suzaini Jailani, 24, hanya sempat menggunakan bilik baharunya selama sebulan apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi Khamis lalu.
Ibunya, Maziah Jusoh berkata, lazimnya pada setiap kali Ramadan, anak sulungnya itu akan dimasukkan ke hospital kerana demam dan mengalami epilepsi.
Katanya, setiap tahun mereka akan berada di hospital selama seminggu atau dua minggu dan pernah berhari raya di hospital kerana menjaga Siti Suzaini.
“Biasanya kak long akan demam kalau bulan puasa dan kami pernah beraya dalam wad sebab jaga dia. Doktor pernah tiga tahun berturut-turut suruh kami bersedia untuk menerima kehilangan dia tapi, ketika itu umurnya masih panjang.
“Tahun ini kak long sihat dan malam itu kira-kira pukul 3.30 pagi, dia macam lelah. Kami memang nak bawa dia ke klinik pagi esoknya. Tapi esoknya, kira-kira pukul 7 pagi, nafasnya makin perlahan dan akhirnya berhenti," katanya.
Menurutnya, dia meminta bantuan jirannya untuk memastikan kematian Siti Suzaini.
“Saya minta jiran datang tengok, mereka kata dia dah tak ada. Saya macam tak percaya dan panggil doktor datang, barulah saya percaya bila doktor kata dia memang dah tak ada,” katanya ketika dilawati Ketua Unit Komunikasi dan Media Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS), Akidi Hamid, kelmarin.
Maziah berkata, dia sentiasa bimbang mengenai keadaan Siti Suzaini selepas dia meninggal dunia kerana sukar mencari orang yang sanggup menjaganya.
Namun katanya, dia berpuas hati dapat menjaga dan menguruskan Siti Suzaini dengan baik selama ini termasuk lima tahun berusaha untuk mendapatkan bilik yang lebih selesa untuk anaknya itu.
“Alhamdulillah tak ada yang terkilan di hati saya walaupun usaha untuk dapatkan bilik itu ambil masa lima tahun.
"Terima kasih KELSS yang merealisasikan bilik khas untuk Allahyarham yang lengkap dengan bilik air untuk kemudahannya walaupun hanya sempat digunakan sebulan," katanya.
Bilik berkenaan disiapkan bulan lalu hasil sumbangan orang ramai melalui KELSS yang mengutip dana di seluruh negara.
Sinar Harian pernah beberapa kali membuat hebahan mengenai keperluan keluarga ini dan hanya direalisasikan KELSS tahun ini selepas penubuhan kelab itu awal tahun lalu.
Tambah Maziah, dia masih belum menyesuaikan diri dengan ketiadaan Allahyarham Siti Suzaini selepas pemergiannya pada 16 Syawal lalu, beberapa minggu sebelum ulang tahunnya yang ke-24.
"Pagi tadi bangun Subuh pun saya fikirkan nak sediakan susu untuk dia sebab dia minum susu empat kali sehari,” katanya yang turut dibantu anak keduanya, Siti Suhaini, 23, untuk menjaga Allahyarham sebelum ini.
Jenazah Siti Suzaini disemadikan selepas solat Zuhur Khamis lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai.
Untuk rekod, Siti Suzaini koma selepas dilanggar kereta ketika dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran pada usianya 7 tahun.

Akidi (tengah) diiringi Maziah (kiri) dan Siti Suhaini (kanan) meninjau keadaan bilik baharu yang hanya sempat didiami Allahyarham Siti Suzaini selama sebulan |
Tambah Maziah, dia masih belum menyesuaikan diri dengan ketiadaan Allahyarham Siti Suzaini selepas pemergiannya pada 16 Syawal lalu, beberapa minggu sebelum ulang tahunnya yang ke-24.
"Pagi tadi bangun Subuh pun saya fikirkan nak sediakan susu untuk dia sebab dia minum susu empat kali sehari,” katanya yang turut dibantu anak keduanya, Siti Suhaini, 23, untuk menjaga Allahyarham sebelum ini.
Jenazah Siti Suzaini disemadikan selepas solat Zuhur Khamis lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai.
Untuk rekod, Siti Suzaini koma selepas dilanggar kereta ketika dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran pada usianya 7 tahun.
No comments
Post a Comment