Terkini

Takrifan dan Konsep Sistem Pengangkutan PT3 Geografi 2016

Takrifan dan Konsep Sistem Pengangkutan PT3 Geografi 2016

Takrifan dan Konsep Sistem Pengangkutan PT3 Geografi 2016

Kali ini khas untuk calon-calon PT3 khusus pelajar Tingkatan 3 yang akan bertempur selama dua minggu untuk menyiapkan kerja kursus geografi PT3 2016, kami akan kongsikan intipati, maksud, definisi, pengertian atau lebih tepat lagi takrifan dan konsep sistem pengangkutan di Malaysia.

Contoh Takrifan dan Konsep Sistem Pengangkutan PT3 2016

Menurut sumber Wikpedia, pengangkutan adalah merujuk kepada sebuah kenderaan yang akan mengangkut atau membawa seseorang atau sesuatu dari satu destinasi ke destinasi yang lain, yang biasanya jarak perjalanan adalah lebih jauh berbanding dari berjalan kaki.

Sistem Pengangkutan kebiasaannya boleh terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa kenderaan itu dan lain-lain lagi.

Antara pembahagian pengangkutan yang kebiasaannya kita dengar adalah pengangkutan laut, pengangkutan udara dan pengangkutan darat.

Menurut sumber dari Wikipedia, pengangkutan awam meliputi segala sistem pengangkutan yang ada di mana kenderaan sendiri tidak akan digunakan oleh penumpang untuk bergerak.

Menurut sumber dari Kamus Dewan dan Pustaka (Edisi Keempat), pengangkutan awam dapat dimaksudkan atau didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti bas, teksi ataupun kereta api yang digunakan oleh orang awam dan ramai di kawasan tertentu dengan tetapan kadar tambang yang selaras.

Pengangkutan awam juga adalah merupakan pengangkutan yang dikenakan bayaran dan digunakan oleh orang ramai yang telah disediakan oleh pihak awam. Kebiasaannya pengangkutan awam dikawal sebagai pengangkutan umum dan telah dikonfigurasi dan ditetapkan untuk menawarkan perkhidmatan yang berjadual tetap dalam setiap laluannya tanpa sebarang tempahan. Penumpang kebanyakannya akan bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan iaitu di antara rumah mereka dan pusat membeli belah, kawasan pendidikan dan tempat kerja mereka.



Sumber : MyPt3.com

No comments