Komen Datuk Red Bila Ditanya Tentang Ura-ura Nak Kahwin Kali Ke-3
KUALA LUMPUR - Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tidak melihat ada kesalahan untuk dia berkahwin bagi kali ketiga.
Bagaimanapun katanya, pelakon Ruhainies bukanlah antara calon pilihannya untuk dijadikan isteri.
Bercakap mengenai ciri-ciri wanita pilihannya, kata Adnan, biarlah seorang yang muslimah.
“Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah.
“Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya,” katanya jujur.
Sementara itu, Adnan, 38, turut menafikan menjadi dalang kepada penyebaran video dan gambar mesra antara dia dengan pelakon Ruhainies.
Jelasnya, mustahil untuk dia sendiri berbuat demikian memandangkan hanya akan menjatuhkan imejnya sahaja.
“Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular.
“Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira. Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal hiburan mengeluarkan rakaman video dan gambar yang menunjukkan kemesraan antara Ruhainies dan Adnan.
Melalui Utusan Online juga, Ruhainies menafikan dia mempunyai hubungan dengan suami kepada Adira itu dan percaya apa yang tersebar itu lebih kepada rancangan seseorang.
Jelas Ruhainies, sebelum ini dia dan Adnan pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video komersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan berkenaan.
Adnan sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila mengahwini Adira secara rahsia pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Selain Adira,
Adnan juga mempunyai seorang lagi isteri, yang hanya dikenali sebagai Datin Red. - UTUSAN ONLINE

No comments
Post a Comment