Terkini

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Menelan hakikat kehilangan sepasang kaki bukan sesuatu yang mudah apatah lagi bagi seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang sebelum ini seorang pelajar yang aktif dengan pelbagai aktiviti di sekolah.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Tidak terbayang bagaimana sarat perasaan menanggung kehilangan kedua-dua belah kaki apatah lagi rasa sakit saat digilis lori di depan mata, namun yang empunya diri, Siti Nuraisyah Sahrin dilihat seolah-olah sudah kalis sedih terhadap kejadian yang menimpanya.

Bayangkan, ketika kejadian Siti Nuraisyah atau lebih dikenali dengan Ecah, melihat sendiri serpihan tulang dan cebisan daging kakinya yang berkecai dikutip oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

Malah, kanak-kanak itu dikatakan tidak pernah menangis semenjak kejadian kakinya digilis 18 Januari lalu, iaitu ketika dia dan kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah yang terletak di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Mungkin sesuatu yang agak luar biasa dan aneh jika kanak-kanak seusia itu tidak pernah menangis selepas menempuh pengalaman sedahsyat itu.

Namun, kunjungan saya ke rumah keluarga kanak-kanak itu baru-baru ini memberi satu perasaan yang sungguh pilu apabila Ecah akhirnya mengalirkan air mata kesedihan.

Malah, ibunya, Maimunah Md. Razali, 47 dan bapa tirinya, Roslan Sardi, 40, turut terkejut apabila melihat anaknya itu menangis tersedu-sedan.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Rasa bersalah mula menerpa dalam diri saya, tetapi saya bersyukur Ecah akhirnya menangis kerana itu yang sepatutnya dia lakukan. Kanak-kanak seusia itu tidak seharusnya memendam rasa sedih sebegitu sarat di dalam hati.

Beban tersebut perlu dilepaskan agar tidak memakan diri dalam diam.

Ketika pertama kali bertemu dengan Ecah, dia langsung tidak mahu bercakap dan hanya mengangguk setiap kali diajukan soalan, namun matanya mahu mengatakan sesuatu yang sukar diungkapkan.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Enggan mengingatkan kembali kejadian dia digilis lori itu, saya langsung tidak bertanya tentang tragedi ini. Namun, satu soalan saya tentang mengapa selepas kejadian sampai sekarang dia tidak pernah menangis rupa-rupanya telah membuatkan air mata tumpah akhirnya.

Dalam sedu-sedan sambil menyeka air mata, Ecah menjawab perlahan; “Ecah tak mahu ibu dan ayah sedih tengok Ecah menangis sebab dah tak ada kaki. Biar Ecah simpan sedih dalam hati sahaja asalkan ibu dan ayah gembira. Mereka sudah banyak berkorban dan bersusah menjaga Ecah.”

Tahulah saya mengapa Ecah menahan air matanya. Anak kecil ini berusaha menjadi kuat dan tabah demi mahu menggembirakan ibu bapanya. Ketabahan yang ditunjukkan dalam menerima hakikat kehilangan anggota badan yang cukup berharga, nyata tidak semua orang dewasa mampu memilikinya.

Menurut Ecah, biarpun dia tidak lagi mempunyai kaki tetapi jauh sudut hatinya mahu terus ‘berlari’, meneruskan kehidupan seperti biasa kerana baginya bergelar orang kurang upaya (OKU) bukan bermakna hidupnya musnah.

Dia masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda untuk ke sekolah, malah sokongan ahli keluarga, rakan-rakan dan guru-guru mengembalikan semangat untuk kembali menuntut ilmu.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit kekok apabila buat pertama kalinya dia beraya tanpa sepasang kaki, Ecah rindu saat-saat beraya tahun lalu bersama adik-beradiknya yang lain.

“Tahun lepas dapat pergi beraya rumah kawan-kawan, tahun ini tidak tahu lagi macam mana. Baju raya sudah ada, kasut pula tidak perlu beli tahun ini,” ujarnya sambil tersenyum kelat memandang kasut raya tahun lalu.

Menurut bapa tirinya, sepanjang berada di hospital dan selepas pulang ke rumah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu tidak pernah mengeluh tentang keadaannya, malah di kebanyakan masa Ecah lebih banyak memilih untuk berdiam diri.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Bagi Roslan, anak tirinya itu mempunyai semangat juang yang tinggi kerana tidak pernah mengadu berasa sukar untuk bergerak walaupun tidak pernah menggunakan kerusi roda sebelum ini.

“Itu yang buat saya kagum dengan dia kerana saya sendiri ada ketika menangis melihat dia begitu kuat mengharungi dugaan. Sepanjang 53 hari berada di dalam wad dan menjalani pembedahan, Ecah tetap positif dan tidak menangis.

“Hari ini melihat dia menangis dengan soalan yang anda ajukan, saya jadi terkejut dan terharu kerana dia juga berkorban untuk kami,” jelasnya mengakui kanak-kanak itu masih trauma dan enggan menaiki motosikal.

Baca Kisah Sedih Ecah Beraya Tanpa Sepasang Kasut Raya

Dalam kejadian yang merubah hidup kanak-kanak itu selamanya, difahamkan sebuah kereta Perodua Kancil memintas motosikal yang dinaiki Ecah dan kakak tirinya. Disebabkan terlalu rapat, kedua-dua kenderaan terbabit bergesel.

Akibat hilang kawalan, kedua-dua pelajar itu terjatuh menyebabkan sebuah lori yang membawa muatan pasir yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kaki Ecah, manakala kakaknya yang tercampak ke bahu jalan hanya terseliuh kedua-dua kakinya.

UtusanOnline

No comments