Terkini

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman dibuli

SIAPA kata untuk menjadi ratu cantik, anda perlu berpenampilan menarik atau digelar ‘goddess’ sejak di bangku sekolah lagi?

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

Joanna Joseph yang baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Selangor Earth 2016 membuktikan bahawa setiap wanita boleh menjadi ratu cantik jika berusaha untuk mencapai impian tersebut.

Pada Ahad lalu, Joanna dari Klang berjaya meraih gelaran itu pada acara kemuncak Miss Selangor Earth 2016 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

Susulan itu, laman Facebook Miss Selangor Earth 2016 mengambil peluang berkongsi kisah motivasi bagaimana Joanna yang berbadan besar kini menjadi langsing bahkan seorang model.

Menurut Joanna yang berusia 19 tahun, sejak dari bangku sekolah lagi, dia sering mejadi mangsa buli kerana memiliki tubuh badan yang ‘gemuk’ dan tidak secantik gadis lain.

Ratu cantik itu juga menyifatkan hidupnya di bangku sekolah tinggi bagaikan ‘neraka’.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

“Saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebih dan mungkin berkelihatan hodoh di mata mereka.

“Saudara-mara saya juga membuat hidup saya sengsara.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

“Kemudian saya sedar, saya perlu berubah, kerana jika saya tidak mengambil sebarang tindakan, saya akan melaluinya sepanjang hidup saya.”

Tambah Joanna yang kini melanjutkan Diploma di Management Science University (MSU), dia terpaksa mengorbankan banyak perkara untuk memiliki apa yang dimilikinya sekarang.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

Dia berjaya menurunkan berat badan dengan cara pemakanan yang baik, dan tidak pernah bergantung kepada sebarang pil penurun berat badan.

“Ini merupakan hasil yang diperoleh tanpa gimnasium dan pil-pil penurun berat badan. Hanya diet yang baik. Ini adalah usaha keras saya,” tulisnya.

Joanna berkata, dia pernah melihat ibunya sengsara selepas mengambil pil kurus, malah tidak mahu makan apa-apa.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa ubat-ubatan.

"Dan ini hasilnya. Saya akan bersenam bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak boleh?" jata Joanna mengakhiri kenyataannya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada ayahnya atas sokongan yang diberikan sepanjang masa ini.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

Kenyataan itu kini viral di media sosial sehingga dikongsi lebih dari 3,000 kali.

Netizen menyifatkan kisah Joanna sebagai satu inspirasi kepada golongan wanita, serta mengucapkan tahniah kepada ratu itu kerana berjaya mencapai matlamatnya.

Ada juga yang meminta tip-tip senaman dan makanan yang diamalkan oleh Joanna dalam ruang komen.

DiNobat Miss Selangor 2016, "Gadis Gempal" Ini Kongsi Pengalaman

Menurut seorang jurucakap Miss Selangor Earth 2016 kepada Astro AWANI, Joanna merupakan ratu cantik yang pertama untuk mewakili Selangor dalam pertandingan Miss Malaysia Earth 2016.

Tambah mereka, Joanna akan bertanding dalam Miss Malaysia Earth 2016 pada 7 August ini di Ipoh.


AstroAwani

No comments