Terkini

UNESCO Nafi Iktiraf Islam “Agama Paling Aman Di Dunia”

PIHAK Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan dakwaan pihaknya telah mengiktiraf Islam sebagai ‘Agama Paling Aman di Dunia”.

UNESCO Nafi Iktiraf Islam “Agama Paling Aman Di Dunia”

UNESCO tidak pernah ada hubungan rasmi dengan entiti dikenali sebagai ‘Yayasan Keamanan Antarabangsa’ atau menyokong sebarang kenyataan atau mempunyai hubungan diplomatik dengannya


“Kami bertanggungjawab menggalakkan dialog antara agama dan budaya di peringkat global dengan sokongan negara-negara, rakan kongsi dan pelbagai rangkaian.

“Melaluinya, UNESCO memupuk rasa hormat dan kesamarataan antara semua tradisi dan agama sebagai asas, berusaha membantu dan menguatkan perhubungan bila-bila masa,” ujar satu kenyataan dikeluarkan organisasi Pertubuhan Bangsa Bersatu itu baru-baru ini.

Penafian UNESCO tersebut dibuat susulan laman web satira terkenal dari India, Junta Ka Reporter melaporkan pengiktirafan palsu itu pada Isnin lalu hingga menjadi viral di seluruh dunia.

Laman web berkenaan malah turut menyebarkan paparan senaskhah sijil yang kononnya UNESCO mengiktiraf Islam sebagai “agama paling aman di dunia” bertarikh pada 4 Julai lalu.

Sijil pengiktirafan yang tersebar itu turut memaparkan logo UNESCO serta sebuah pertubuhan yang dipanggil ‘Yayasan Keamanan Antarabangsa’, bersama tandatangan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.

Junta Ka Reporter bahkan mendakwa sijil tersebut juga dikatakan boleh dipaparkan di bangunan yang dimiliki oleh umat Islam seperti surau, pusat pendidikan Islam, masjid, kedai dan rumah sembelih halal.

Berita pengiktirafan itu turut dilaporkan oleh agensi berita kebanyakan negara Islam termasuk Pakistan.

Difahamkan, Junta Ka Reporter merupakan laman satira yang mempunyai nama hampir sama dengan portal berita India, Janta Ka Reporter. – MYNEWSHUB.CC

No comments