Akibat Kesempitan Hidup, Ibu Dipercayai Beri 2 Orang Anak Minum Cecair Peluntur Sebelum Gantung Diri
Kerana tidak tahan lagi dengan penderitaan ditanggung akibat kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami, seorang ibu dipercayai telah bertindak membunuh anaknya dengan memberi minum cecair peluntur sebelum menggantung diri di mereka di Kampung Baru, Kota Samarahan.
Kejadian yang dianggarkan berlaku pada jam 8 malam itu, ibu berkenaan, yang sedang proses perceraian dipercayai telah mengalami tekanan perasaan dan kemurungan selepas ditinggalkan suaminya yang berasal dari Saratok.
Menurut laporan, mangsa mengelami tekanan selepas tidak mempunyai sebarang pendapatan selepas tujuh bulan berpisah dengan suaminya, malahan dia dan anak-anak tidak menerima sebarang nafkah daripada suaminya bagi menyara kehidupan mereka.
Kerana kesempitan hidupnya itu, mangsa bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 4 dan 7 tahun terpaksa mengharapkan belas ihsan keluarga angkat mereka tinggal di rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern, berkata pihak polis menolak terdapat unsur jenayah dalam kes ini kerana gagal menemui tanda-tanda pergelutan.
"Ketika ditemui, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu sudah pun meninggal dunia, manakala adiknya dalam keadaan kritikal.
"Bagaimanapun, kanak-kanak itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan."
"Kita tidak menolak kemungkinan si ibu meracun kedua-dua anaknya sebelum bertindak menamatkan riwayatnya. Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Menurut saksi, ketika kejadian hanya mangsa yang bersama-sama anak lelakinya di rumah mereka, manakala ibu bapa angkat wanita itu berada di kebun berhampiran.
Dalam kejadian malam tadi, mayat si ibu ditemui tergantung dalam tandas di rumah berkenaan, manakala kedua-dua anak lelakinya, ditemui dalam bilik tidur, dengan keadaan bibir kehitaman. Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui botol cecair peluntur di sisi mayat dua kanak-kanak lelaki itu. - Siakapkeli.my
KEMASKINI
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bukannya kes kematian mengejut (SDR) seperti laporan awal.
BHonline

No comments
Post a Comment