Video Dera Kanak-kanak Yang Cetus Kemarahan Pengguna Facebook
TIGA video amatur memaparkan seorang lelaki menyiksa dan mendera dua budak lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial Facebook.
Video berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook, Siti Nur Suhada Ayub pada 23 Julai lalu dan telah ditonton lebih 12 ribu kali.
Menurut laman Stomp, klip video pertama memaparkan seorang lelaki berseluar pendek menghumban dua budak lelaki ke dalam sebuah tong berwarna biru.
Tindakan tersebut menyebabkan kanak-kanak malang itu hampir kelemasan setelah diperlakukan sedemikian rupa.
Manakala video kedua pula memperlihatkan dua kanak-kanak lelaki menjerit dan menangis setelah mereka digantung secara terbalik di bingkai pintu dengan keadaan kaki ke atas dan kepala menghala ke bawah.
Seorang lelaki turut kedengaran menjerit dan memarahi kanak-kanak malang itu sambil memukul mereka tanpa belas kasihan.
Di dalam video ketiga pula, seorang kanak-kanak dilihat meronta-ronta dan menangis ketakutan setelah dicekik seorang lelaki menggunakan sebelah tangan.
Wajah kanak-kanak itu jelas kelihatan menahan sakit.
Bersama posting video tersebut, Siti Nur Suhada menulis kapsyen berbunyi; “Ya Tuhanku, lembutkanlah hati lelaki ini supaya dia dapat menjadi seorang ayah yang baik dan dapat membesarkan anaknya dengan baik, bukan seperti yang dipaparkan melalui video tersebut.”
Tidak dapat dipastikan tempat dan masa kejadian kerana maklumat terperinci tidak dinyatakan.

No comments
Post a Comment