Didakwa Dijadikan "Kambing Hitam", Polis Akan Siasat Dakwaan Adlin
KUALA LUMPUR: Pihak polis akan melakukan siasatan lanjut terhadap dakwaan pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendedahkan dia dijadikan 'kambing hitam' dalam kes sindiket penipuan pelaburan haram yang berjaya dibongkar pada minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Mortadza Nazarene, berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut bagi menentukan peranan selebriti tersebut dalam sindiket berkenaan.
"Apabila kita lakukan siasatan dan keadaan pun tengah panas dia akan cakap dia dijadikan 'kambing hitam'.
"Dia (Adlin) boleh berkata apa sahaja tetapi seperti saya nyatakan skim cepat kaya ini gunakan ikon tertentu.
"Kita akan siasat sama ada dia dijadikan 'kambing hitam' atau pun tidak," katanya dalam sidang media Ops Nuri di sini, Isnin.
Rabu lalu, Adlin ditahan di rumahnya kira-kira pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan dipercayai berhubung sindiket penipuan hartanah yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.
Pelakon itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Sementara itu, Adlin dalam satu sidang media pada Ahad menegaskan, dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan tidak menolak dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu apabila disoal mengenai penahanan Adlin selama 24 jam sahaja manakala 13 suspek yang lain direman selama seminggu, Datuk Seri Mortadza menjawab, polis mempunyai alasan yang tertentu.
MstarOnline

No comments
Post a Comment