Terkini

Polis Wanita, Berbikini Tangkap Penyeluk Saku

STOCKHOLM – Sebagai anggota polis, mereka bertugas menjaga keamanan dan menangkap pelaku kejahatan meskipun tengah bercuti atau di luar waktu giliran bertugas.

Polis Wanita, Berbikini Tangkap Penyeluk Saku

Begitulah pendekatan diguna pakai Mikaela Kellner, iaitu seorang polis wanita di bandar raya Stockholm, ibu kota Sweden yang mengaplikasikan prinsip cergas dan pantas waima ketika tidak bertugas.

Ia berlaku semasa dia sedang menghabiskan masa cutinya berjemur sambil berbikini di taman bandar itu dan dengan ‘tangan kosong’ berjaya menangkap penyeluk saku yang mencuri telefon bimbit.

Menurut media tempatan, Kellner menceritakan aksi pantasnya itu bermula ketika dia menyamar sebagai penjual majalah sebuah media tempatan dan bertemu dengan suspek.

Penyeluk saku yang mengaku menjual majalah kemudian menunjukkan gelagat mencurigakan dengan tidak beranjak daripada tempatnya berjemur ketika itu.

Kellner yang sedar dengan kelakuan si penjenayah itu sempat memberi amaran awal kepada rakan-rakan yang sedang berjemur bersama-sama dengannya untuk lebih waspada.

“Saya beri amaran kepada kawan-kawan agar awasi barangan yang dibawa. Tidak lama kemudian, telefon bimbit seorang rakannya telah hilang,” kata Kellner yang bergegas menumpaskan suspek. – MYNEWSHUB.CC

No comments