Terkini

Honda Malaysia Buka Pusat Sementara Ganti Beg Udara

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia akan membuka tiga pusat servis sementara dan 24 hab mudah alih bagi membantu melancarkan lagi usaha rangkaian pengedarnya menggantikan beg udara Takata pada kenderaan terbabit.

Honda Malaysia Buka Pusat Sementara Ganti Beg Udara

Lokasi hab berkenaan adalah di 401, Jalan Dato' Keramat, Georgetown, Pulau Pinang (wilayah utara); Soo & Sons Metal Works Sdn Bhd di Petaling Jaya (hab wilayah tengah) dan Oriental Assemblers Sdn Bhd (wilayah selatan).

"Kesemua hab ini akan beroperasi pada 1 Ogos, 2016 sehingga 30 Sept, 2016, dan dibuka dari jam 8 pagi-7 malam selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Para pelanggan berkaitan boleh menghubungi nombor telefon bebas tol Honda 1-800-88-2020 bagi mendapatkan tarikh temu janji mereka dengan mana-mana hab servis itu.

Selain itu, sebanyak 24 hab mudah alih akan turut dibuka di 21 stesen servis Petron dan tiga lokasi "Honda Family Road Trip" pada 5 Ogos, 2016 sehingga 25 Sept, 2016 yang beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8 pagi hingga 7 malam.

Honda Malaysia Buka Pusat Sementara Ganti Beg Udara

Honda Malaysia Buka Pusat Sementara Ganti Beg Udara

Sementara itu, pelanggan terbabit juga akan dibayar pampasan RM50 seharibagi sepanjang tempoh kereta yang tidak dapat digunakan kerana menunggu waktu penggantian beg udara berkenaan.

Sehubungan itu, mereka yang terbabit dinasihatkan untuk mendaftar denganHonda Malaysia di www.productrecall.honda.com.my bagi tujuan itu.

Honda Malaysia Buka Pusat Sementara Ganti Beg Udara


"Tempoh pampasan itu bermula pada 28 Julai, 2016 hingga 31 Ogos, 2016,"katanya.

Honda Malaysia akan terus memaklumkan para pelanggannya mengenai kepentingan menggantikan beg udara bagi kenderaan terbabit.

"Pemilik kenderaan Honda yang terbabit dengan arahan panggilan balik bagitujuan penggantian beg udara itu dinasihatkan untuk memastikan kenderaan mereka diperiksa dan bahagian berkenaan diganti di mana-mana rangkaian pengedar sah Honda secepat mungkin," katanya. -Bernama

No comments